Powered by Blogger.
RSS

Bangkitlah anak-anakku...


Bangkitlah
(Rejab F.I)
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?

Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS PEPERIKSAAN ( 1 )

Cara Menjawab Soalan Objektif
1. Tunggu sehingga soalan diberikan.
2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan untuk berbuat demikian.
3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

Apabila masa menjawab telah bermula

1. Baca kalimah Basmallah.
2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti
3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut
4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan),
5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat
6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan (JOB) dengan sempurna
7. Jika tersalah PASTIKAN padam betul-betul jawapan terdahulu, hitamkan yang baru.
8. Elakkan kesilapan yang tidak disengajakan iaitu kesilapan ketika menghitamkan jawapan di kertas JOB. Jika pilihan jawapan A, pastikan hitamkan A di kertas JOB.
9. Semak semula jika telah selesai menjawab.
10. Jika terdapat keraguan pilihan jawapan semasa menyemak kekalkan dengan pilihan ASAL.
11. Tawakal kepada Allah jika masa menjawab telah tamat.

Tips Penting.

1. Tinggalkan soalan yang tidak dapat difahami /susah. (ingat, bulatkan dahulu soalan tersebut sebagai penanda dan bagi memudahkan anda untuk kembali semula kepada soalan tersebut)
2. Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu / senang
3. Langkah ini dapat menjimatkan masa.
4. Kembali semula ke soalan-soalan yang belum dijawab
5. Setiap kali timbul keraguan, bertenang adalah langkah terbaik.

Pesanan Penting

1. Sentiasa peka dengan MASA.
2. Pastikan kamu menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya.
3. Jangan lakukan aktiviti lain selain dari memberikan tumpuan kepada menjawab soalan seperti, MELUKIS, TIDUR, Ke tandas tanpa tujuan..
4. Hargailah peluang yang diberikan kepada kamu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKTIVITI PELAJAR 3 SIDDIQ- 09/04/2011






















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKTIVITI PELAJAR 3 AMANAH- 08/04/11










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOALAN PERCUBAAN PMR KHB PK



KHB PK PERLIS 2009   SKEMA

KHB PK N9 2009

KHB PK PERAK 2009   SKEMA

KHB PK JOHOR 2009

KHB PK PERLIS 2010   SKEMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PESAN CIKGU...


Cikgu dah pesan daah...So, up to you...Tepuk dada tanya minda...=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NOTA KHB TINGKATAN 3 - TERAS

To all my lovely students, you can download extra notes here...Nota2 ni seperti mana yang kita dah belajar di dalam kelas...Enjoy with KHB...

BAB 1 : REKA CIPTA
BAB 2: ELEKTRIK
BAB 3 : ELEKTRONIK
BAB 4 : TEMPAT KEDIAMAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS